hubungi kami:-

_____________________

RABAH ILHAM ENTERPRISE (001393346-D)

Alamat: KM 7, JALAN HASHIM, KAMPUNG PERMATANG PASIR,

75460, ALAI, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Contact Person: EN. AZMAN BIN MAT SAH

Tel. Pejabat: 06 - 268 2938; Tel. Bimbit: 019 - 6099 166

Email: rabah_ilham@yahoo.com ; facebook.com/rabah.ilham

_____________________


next info

*****************************************************************************************************************

PAKEJ PENAWARAN

MODUL / PROGRAM ANJURAN RABAH ILHAM

MODUL/PROGRAM MOTIVASI ORGANISASI

Program Motivasi EXTREME EXCELLENCE

Rahsia memotivasikan diri khususnya para pekerja dengan elemen-elemen wajib cemerlang berteraskan konsep EXTREME EXCELLENT di tempat kerja dan dorongan asas pembangunan asset sumber manusia organisasi.

Program Motivasi HANIM 5 FINGERS + 2

Rahsia memotivasikan potensi diri pekerja secara individu dengan konsep motivasi yang sedia ada dalam diri sebagai penggerak semulajadi untuk membangunkan dan meningkatkan cemerlang bakat dan kelunikan diri di tempat kerjaperubahan bermula dari diri para pekerja untuk memastikan organisasi/majikan dapat menghasilkan pekerja yang berkemahiran tinggi dan bersemangat tinggi.

Program Motivasi PENGURUSAN STRESS SEIMBANG

Stress dan persekitaran di tempat kerja merupakan sesuatu yang mungkin dianggap lumrah dan kebiasaan. Bagi menukar dan mengubah corak persepsi tersebut, kursus yang ditawarkan ini dapat membantu para pekerja melihat stress merupakan di antara peluang untuk membangunkan diri dan menyeimbangkan kehendak peribadi dan kehendak organisasi. Konflik yang sering berlaku meliputi 2 keadaan iaitu konflik membina (positif) dan konflik menghindar (negatif). Pengurusan stress yang seimbang menjamin pembangunan kerjaya dan organisasi dengan berkesan.


**Program dijalankan selepas perbincangan untuk kesesuaian kehendak pelanggan.


Kos setiap pakej modul / program yang ditawarkan di peringkat organisasi adalah di antara RM2000-RM5000 (bergantung kepada jumlah jam / hari modul / program). Segala keperluan asas program disediakan oleh pihak kami (alat tulis, nota dan bahan kursus, bayaran penceramah, bayaran urusetia/fasilitator, sijil penyertaan, pemilaian kendiri dan penilaian kursus dan lain-lain keperluan berkaitan). Lain-lain kos seperti makan minum, pengangkutan dan tempat penginapan dan latihan adalah ditanggung oleh pihak agensi pelanggan.


MODUL/PROGRAM

MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH

Program Motivasi INTERAKTIF PELAJAR CEMERLANG

Program fokus para pelajar tentang konsep kecemerlangan sebenar dan kepentingannya sebagai seorang pelajar. Perbincangan aspek aspek penting dan ciri-ciri utama untuk menjadi pelajar cemerlang yang berterusan. Pendekatan Interaksi Tindakan Kumpulan (ITK)digunapakai dalam mempertingkatkan jati diri dan modal insan pelajar.

Program Motivasi KREATIF BELAJAR

Program pendedahan teknik dan metod pembelajaran sukses berkesan pelajar cemerlang dan cara menjadi kreatif dalam pembelajaran yang menye-ronokkan berserta ITK.

PROGRAM KECEMERLANGAN BERTERUSAN:

11 PERKAKAS PELAJAR BIJAK BISTARI

Fokus kaedah untuk menjadi pelajar cemerlang dan terbilang dan motivasi dalaman pelajar bijak bistari harapan ibubapa dan guru-guru.

PROGRAM SEHARI MOTIVASI AL-QURAN

Pendedahan kepada individu atau kumpulan berkenaan konsep asas Al-Quran. Program ini juga akan melatih motivasi individu atau kumpulan untuk mendalami dan mengamalkan keseluruhan berkaitan Al-Quran.



**Program dijalankan selepas perbincangan untuk kesesuaian kehendak pelanggan.

Kos setiap pakej modul / program yang ditawarkan di peringkat sekolah adalah bergantung kepada budget pengurusan pihak penganjur (sekolah / PIBG) (bergantung kepada jumlah jam / hari modul / program). Segala keperluan asas program disediakan oleh pihak kami (alat tulis, nota dan bahan kursus, bayaran penceramah, bayaran urusetia/fasilitator, sijil penyertaan, pemilaian kendiri dan penilaian kursus dan lain-lain keperluan berkaitan). Lain-lain kos seperti makan minum, pengangkutan dan tempat penginapan dan latihan adalah ditanggung oleh pihak agensi pelanggan.

*****************************************************************************************************************

SEMINAR PELABURAN DAN MANIPULASI STOK EMAS: RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR 23.4.2011


ADALAH DENGAN SEGALA HORMATNYA ANDA DIJEMPUT KE SEMINAR PELABURAN DAN MANIPULASI STOK EMAS: RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR PADA 23.4.2011 DI BILIK NANING 1, HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA PADA JAM 8.00PM-12.00AM.

8.00PM - 8.30PM = PENDAFTARAN
8.30PM - 9.15PM = CERAMAH MOTIVASI DIRI DAN EMAS
9.20PM - 12.00AM = CERAMAH RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR PELABURAN DAN
MANIPULASI EMAS

MAKANAN DISEDIAKAN DAN TEMPAT ADALAH TERHAD.
SILA HUBUNGI EN. AZMAN BIN MAT SAH 019-6099 166 UNTUK KETERANGAN LANJUT.

*****************************************************************************************************************

SEMINAR PELABURAN DAN MANIPULASI STOK EMAS: RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR 14.5.2011



ADALAH DENGAN SEGALA HORMATNYA ANDA DIJEMPUT KE SEMINAR PELABURAN DAN MANIPULASI STOK EMAS: RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR PADA 14.5.2011 DI KAWASAN BANGI;SNS TRAINING AND DEVELOPMENT CENTRE, 7A, JLN 7/1B, BANDAR BARU BANGI pADA JAM 8.00PM-12.00AM.

8.00PM - 8.30PM = PENDAFTARAN
8.30PM - 9.15PM = CERAMAH MOTIVASI DIRI DAN EMAS
9.20PM - 12.00AM = CERAMAH RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR PELABURAN DAN
MANIPULASI EMAS

MAKANAN DISEDIAKAN DAN TEMPAT ADALAH TERHAD.

SILA HUBUNGI EN. AZMAN BIN MAT SAH 019-6099 166 UNTUK KETERANGAN LANJUT.


*****************************************************************************************************************

SEMINAR PELABURAN DAN MANIPULASI STOK EMAS: RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR 28.5.2011


ADALAH DENGAN SEGALA HORMATNYA ANDA DIJEMPUT KE SEMINAR PELABURAN DAN MANIPULASI STOK EMAS: RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR PADA 28.5.2011 DI KAWASAN MELAKA (TEMPAT AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN) PADA JAM 2.00PM-6.00AM.

2.00PM - 2.30PM = PENDAFTARAN
2.30PM - 3.15PM = CERAMAH MOTIVASI DIRI DAN EMAS
3.20PM - 6.00AM = CERAMAH RAHSIA DAN TEKNIK SEBENAR PELABURAN DAN
MANIPULASI EMAS

MAKANAN DISEDIAKAN DAN TEMPAT ADALAH TERHAD.
SILA HUBUNGI EN. AZMAN BIN MAT SAH 019-6099 166 UNTUK KETERANGAN LANJUT.

*****************************************************************************************************************

Thursday, 24 March 2011

Peranan Masyarakat Dan Fenomena ‘Mat Rempit’ Menurut Perspektif Islam

Ahlak mulia merupakan elemen penting seorang muslim berjiwa unggul.  Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W diutus oleh Allah S.W.T adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia di muka bumi ini sesuai sebagai khalifah Allah S.W.T. Melalui penjelasan ini maka dapat disimpulkan bahawa setiap umat Islam berkewajipan terlibat dalam memperbaiki dan mengukuhkan akhlak Islam umat nabu Muhammad S.A.W.  Oleh yang demikian, permasalahan golongan muda khususnya fenomena ‘Mat Rempit’ menjadi tanggungjawab umat Islam di Malaysia dalam membantu golongan ini menghayati konsep akhlak seorang muslim yang sejati dalam membendung permasalahan ini.



Menurut Imam Al Ghazzali menyatakan bahawa keterjaminan masa depan sesebuah masyarakat boleh dinilai melalui kualiti golongan muda yang menjadi sebahagian daripada kelompok dalam masyarakat.  Masyarakat Islam perlu menjalankan tanggungjawab dengan mengambil pendekatan secara berkesan tanpa mengharapkan tugas-tugas mendidik golongan muda khususnya muda-mudi Islam dibebankan kepada pihak berkuasa atau pemerintah. Islam telah mencadangkan pelbagai pendekatan dalam mendidik dan membangunkan modal insan khususnya umat Islam seperti konsep memberi nasihat secara berhikmah.  Golongan individu masyarakat perlu mendekati golongan ‘Mat Rempit’ dengan corak penasihatan yang boleh diterima oleh mereka daripada memarahi dan meminggirkan golongan ini.  Ini bertepatan dengan konsep ‘agama adalah suatu nasihat’ di mana Islam menggalakkan pendekaan ingat-mengingati sesama muslim.

Mengapa golongan muda ini penting untuk diberikan penekanan dan fokus dalam membangunkan diri mereka.  Sayyidina Umar Al Khattab suatu ketika dulu pernah bertanyakan sahabat-sahabatnya apakah perkara yang diidamkan mereka dan rata-ratanya menginginkan harta-benda yang banyak kerana ingin melalukan amal jariah dengan bersedekah.  Namun dijawab oleh Umar bahawa beliau menginginkan sejumlah manusia seperti Abu Ubaydah Al Jarrah, Muaz Ibn. Jabal dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk mendaulatkan agama Allah S.W.T.. Oleh yang demikian, golongan muda dari perspektif Islam merupakan aset yang paling berharga untuk dipelihara kualiti dan modal insannya agar dapat membantu golongan masyarakat Islam mengukuhkan lagi imej Islam yang kini agak dipandang sepi oleh golongan bukan Islam di dunia.  Masyarakat Islam mampu menjadikan golongan muda ‘Mat Rempit’ sebagai generasi muda Al-Quran jika pelbagai langkah serius dan berterusan dapat diambil dan bukan sekadar mengikut musim dalam membangunkan mereka. Kita tidak boleh hanya mengharapkan institusi agama Islam di Malaysia seperti JAKIM dan jabatan agama Islam setiap negeri sebagai contoh untuk memikul tanggungjawab membentuk generasi muda tetapi perlu bermula dari diri kita sendiri dengan mendidik dan membimbing anak-anak, adik-beradik dan kawan-kawan kita sendiri untuk berminat menghayati nilai-nilai dan konsep-konsep akhlak mulia Islam.

Penjelasan ini turut ditekankan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi menerusi konsep Islam Hadhari dalam membentuk modal insan berkualiti.  Melalui gagasan ini, modal insan setiap warga Malaysia termasuk golongan muda perlu diberikan peluang dan ruang untuk dibangunkan dalam membentuk suatu masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta masyarakat Islam yang berkualiti. 

Sekiranya diteliti, Islam lebih menjurus kepada mendidik daripada menghukum dalam konsep sebuah masyarakat. Kita sebagai masyarakat Islam tidak seharusnya mempersalahkan golongan muda yang terlibat dalam fenomena ‘Mat Rempit’ tanpa mengambil peluang untuk mendekati dan membantu mereka untuk berubah dengan cara yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri.  Sebagai contoh dalam mendidik anak-anak untuk mengerjakan solat, kita dianjurkan oleh Islam untuk memberi peluang kepada anak-anak memahami konsep solat dan kepentingannya sebagai seorang Islam pada usia tujuh hingga sepuluh tahun dengan pendekatan hikmah dan selepas berumur sepuluh tahun barulah agenda merotan anak-anak dipraktikkan.  Maka jelaslah di sini Islam bukan sebuah agama yang menghukum setiap penganutnya yang bersalah dan melakukan sesuatu yang salah tetapi lebih kepada ‘kelembutan selesa’ dalam mendidik ke arah kebaikan.  Pendekatan ini perlu dihayati masyarakat Islam dalam menangani isu ‘Mat Rempit’ agar golongan yang terlibat ini tidak memandang negatif kemampuan dan fungsi masyarakat yang rata-ratanya di Malaysia beragama Islam.

MOTIVASI DIRI: STRATEGI MUDAH BERUBAH POSITIF

Setiap insan mengimpikan untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi dengan ruang dan peluang yang disediakan dalam persekitaran kita seperti membina kerjaya yang menjamin masa depan, melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan sebagainya. Namun hakikat yang perlu kita faham adalah segala yang diidamkan atau keinginan untuk berjaya maka perlulah bermula dari diri kita sendiri iaitu merangsang suatu gerak kuasa ke arah perubahan positif dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan mengasah potensi diri semaksima mungkin. Kuasa untuk berubah adalah berbeza di kalangan individu kerana dipengaruhi faktor-faktor seperti pengaruh rakan sebaya, perancangan matlamat hidup dan lain-lain lagi. Ramai di antara kita yang sering memikirkan bagaimanakah cara untuk berubah secara berkesan dan sejauhmanakah perubahan itu memberi kesan yang sewajarnya seperti yang kita inginkan. Malahan ramai individu yang telah mengambil inisiatif menghadiri atau mengikuti pelbagai aktiviti berkenaan motivasi untuk melakukan perubahan dalam hidup bagi mencapai matlamat. Bagaimanapun yang lebih penting, kita harus bermula menggerakkan diri kita sendiri untuk berubah positif kerana petua atau rahsia untuk berubah sebenarnya berada dalam diri kita sendiri.

Apabila kita mula berbincang untuk berubah, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah bagaimana kita memberikan input-input positif terhadap personaliti yang kita miliki. Personaliti adalah sahsiah diri atau ciri-ciri keperibadian seseorang individu yang membezakan diri individu tersebut dengan orang lain melalui keistimewaan dan kekurangan yang ada pada diri seseorang individu itu. Baik atau buruk personaliti seseorang itu adalah bergantung kepada cara bagaimana individu tersebut mengolah atau memandu dirinya dalam kehidupan masa kini yang semakin mencabar. Oleh yang demikian, pilihan sebenarnya terletak di tangan kita sendiri. Bagaimana kita berfikir, berkelakuan, beremosi, berinteraksi akan mempamerkan dan menterjemahkan siapa diri kita dan ini akan secara langsung mempengaruhi segala keputusan yang kita buat dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, sekiranya kita seorang yang berfikir secara rasional maka segala keputusan yang kita putuskan kebiasaannya adalah tidak mendatangkan kesan yang buruk tetapi jika personaliti kita menjurus kepada  hasad dengki dan dendam maka sudah tentu kita berkemungkinan akan membawa keburukan kepada diri kita sendiri dan orang lain di sekitar kita.

Bagaimana untuk berubah positif? Apakah jalan atau kaedah terbaik yang dapat menjamin perubahan positif itu berlaku? Kombinasi aset peribadi kita akan memainkan peranan yang penting iaitu cara bagaimana kita berfikir, apa yang kita rasakan dan bagaimana kita bertingkah laku. Ketiga-tiga aset peribadi itu tadi berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain. Pemikiran adalah berkaitan corak bagaimana kita berfikir tentang sesuatu. Seorang pekerja berfikir bahawa pekerjaannya tidak mendatangkan pulangan gaji yang berpatutan dengan kelayakkannya atau seorang pelajar berfikir bahawa dirinya berpotensi untuk berjaya dengan belajar bersungguh-sungguh. Ini adalah antara contoh bagaimana kita berfikir. Pemikiran kita ini mungkin dipengaruhi oleh ilmu pengetahuan yang kita miliki, pengalaman peribadi individu, fakta atau bagaimana bentuk proses pembelajaran yang kita lalui. Jadi kita seharusnya mengajak diri kita untuk berfikir secara positif dengan melihat segala kekurangan atau kelemahan kita sebagai suatu peluang untuk berjaya dengan menyatakan kepada diri kita bahawa kekurangan atau kelemahan tersebut merupakan suatu cabaran berguna yang perlu kita hadapi dengan bijak.

Seterusnya, aspek perasaan yang dibentuk dalam diri kita turut mempegaruhi kita untuk berubah positif. Perasaan menterjemahkan kepada diri kita dan orang di sekeliling kita tentang apa yang kita rasa sama ada perasaan positif seperti baik sangka dan empati atau perasaan negatif seperti dendam dan iri hati. Akibat gaji yang tidak lumayan dan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki, seseorang pekerja itu mungkin benci atau tidak menyukai pekerjaannya dan seorang pelajar yang berfikiran positif untuk berjaya cemerlang akan membina rasa cinta pada ilmu pengetahuan dan melahirkan minat yang tinggi untuk belajar. Perasaan ini dipengaruhi oleh cara kita berfikir. Bagi membina perasaan positif dalam diri, kita perlu menggalakkan pemikiran kita berfikir dan bekerja secara positif dan menggalakkan input-input positif mudah meresap dalam pemikiran kita melalui pembacaan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan yang paling penting menjauhkan diri kita dari terus berfikir tentang perkara-perkara yang berkebolehan menjuruskan hati kita untuk berperasaan negatif seperti marah, sedih dan kecewa.

Natijah daripada pemikiran dan perasaan itu akan dinyatakankan melalui kelakuan atau tingkah laku kita. Tingkah laku adalah elemen yang akan mempamerkan nilai motivasi atau corak perubahan yang diinginkan. Apabila seseorang pekerja itu berfikir yang gajinya tidak lumayan dan membenci pekerjaan yang dilakukan maka jalan penyelesaian yang diambil adalah berhenti kerja atau melibatkan diri dalam masalah disiplin di tempat kerja. Manakala seorang pelajar yang berfikiran positif tentang dirinya dan berjaya melahirkan rasa cinta dan minat dengan ilmu maka seseorang pelajar itu akan berusaha dan belajar dengan menggunakan kaedah yang terbaik serta sering mengunjungi perpustakaan dalam menambahkan ilmu di dada.




Gambarajah: Perkaitan di antara Pemikiran, Perasaan dan Kelakuan Manusia

Dalam memotivasikan diri untuk berubah secara positif, kita seharusnya mencorakkan atau menstrukturkan pemikiran kita dengan ruang dan suasana positif dan ini akan mempengaruhi perasaan dan seterusnya mengawal segala tingkah laku kita. Berkunjunglah ke tempat-tempat yang memberikan manfaat serta keselesaan kepada diri kita seperti ke perpustakaan, menghadiri seminar, tempat rekreasi, melancong dan sebagainya. Sekiranya kita bijak mengambil peluang untuk menjadi positif, sudah tentunya kita akan mula berubah menjadi positif yang akan menjadi sebagai agenda utama dalam hidup. Apabila kita berfikir untuk berubah positif, idea bagaimana untuk berubah telah sememangnya wujud dalam diri kita. Seterusnya dalam agenda perubahan hidup yang positif dan gemilang, kita perlu meletakkan doa dan harapan kepada Pencipta kita agar dipermudahkan untuk berjaya dan menjadikan impian dan cita-cita kita dan orang yang kita sayangi menjadi kenyataan. Ingatlah bahawa langkah pertama yang kita ambil untuk berubah positif akan menentukan masa depan kita dan genarasi akan datang.